MISI,VISI,SLOGAN


VISI

Sekolah Kebangsaan Sri Aman sentiasa unggul dan berwibawa untuk mengekalkan kecemerlangan pendidikan.

MISI

Sekolah Kebangsaan Sri Aman akan membangun dan memperksakan potensi individu secara menyeluruh melalui pendidikan yang berkualiti bagi melahir dan menyediakan modal insan yang seimbang berpaksi kepada Falsafah Pendidikan Negara.

SLOGAN

"Berdisiplin Berilmu Asas Kecemerlangan"

DASAR KUALITI

Sekolah Kebangsaan Sri Aman komited untuk menyedia dan melaksanakan perkhidmatan,pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.

Bagi memastikan tujuan ini tercapai, Dasar Kualiti berserta objektifnya akan disemak semula dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat Keutuhan Pengurusan untuk memastikan kesesuaiannya yang berterusan dan relevan. Dasar kualiti ini disebar luas kepada seluruh anggota Sekolah Kebangsaan Sri Aman melalui media cetak,taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati.

OBJEKTIF KUALITI

Objektif Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) adalah:
  • Melaksanakan 100% pembelajaran berdasarkan Rancangan Pembelajaran Tahunan (RPT) kecuali berlaku perkara-perkara yang diluar kawalan sekolah.
  • Memastikan pencapaian 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 5% dari tahun sebelumnya dalam setiap matapelajaran bagi Penilaian Pertengahan Tahun (PPT), Penilaian Akhir Tahun (PAT) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
  • Memastikan 100% murid mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
  • Memastikan 100% aduan dan maklum balas pelanggan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan dan Maklum Balas Pelanggan dan
  • Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Teguran Audit pada setiap masa  
OBJEKTIF SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sri Aman optimis untuk menempatkan institusi ini tahap kebanggaan dan kepercayaan di kalangan penduduk setempat dan masyarakat sekitar Sri Aman melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam:
  1. Keputusan peperiksaan UPSR yang membanggakan di Sarawak.
  2. Mengamalkan nilai-nilai dan sikap yang positif dan terpuji dalam pembelajaran;
  3. Mencapai sekurang-kurangnya kedudukan tiga teratas dalam semu acara di bidang kokurikulum yang disertai;
  4. Mengamalkan disiplin yang tinggi dan tiada kes ponteng sekolah;dan
  5. Melahirkan murid yang celik 3M setelah menamatkan Tahap Satu Sekolah rendah

 
 
 
  

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan