Info ICT

1. Produk terbaru Microsoft, Windows 8 dan Microsoft Office 2010 tersebar di internet memperlihatkan beberapa ciri-ciri terbaru padanya.

2.Pelayar web versi baru Internet Explorer 9, Mozilla Firefox 4, Google Chrome 10, dan Opera 11 Beta mula dilepaskan oleh pembangun masing-masing membawa fungsi dan rekabentuk terbaru. Mozilla Firefox 4 telah dimuat turun sebanyak 7.1 juta dalam tempoh 24jam selepas ianya dilepaskan manakala Internet Explorer 9 pula sebanyak 2.3 juta.

3. Twitter membawakan penggunaan https bagi meningkatkan lagi kawalan privasi pengguna mereka. Ikuti cara untuk aktifkannya disini.

4. Kemaskini terbaru daripada Google :

+ Butang +1 pada carian Google

+ Logo baru Chrome dan Chromium.

+ Antaramuka terbaru pada profil Google dan laman Picasa.



+ Google bakal memperkenalkan rekabentuk terbaru Blogger



+ Penggunaan https pada laman YouTube
+ Sokongan input suara dibawakan pada Google Chrome 11 Beta 

5. Microsoft melancarkan laman ie6Countdown.com dan melancarkan antaramuka muka terbaru pada laman Microsoft. Peranti kawalan pemainan Microsoft Kinect pula telah dijual sebanyak 10 juta dalam tempoh 60 hari.

6. Engin carian Yahoo kini lebih mudah digunakan apabila mereka memperkenalkan direct search yang mana fungsinya seakan-akan Google Instants.



7. Apple melancarkan iPad generasi kedua iaitu iPad 2.

8. Kemaskini terbaru laman facebook :
+ Facebook memperkenalkan ruanggan komen tanpa butang enter.
+ Facebook mengemaskini semula fungsi Question
+ Facebook kini mengambil alih Snaptu

9. Bing memperlihatkan penggunaan HTML5 dan membawakan update terkini twitter dan pada carian mereka.

10. Les Copaque memperkenalkan siri animasi bertajuk Pada Zaman Dahulu. Selain itu mereka juga memperkenalkan pemainan Upin & Ipin.







Terdapat pelbagai cara untuk menyelenggara komputer anda. Cara yang paling mudah dan percuma ialah menggunakan perisian tertentu.  Perisian yang dimaksudkan ialah Advanced SystemCare 5.
Perisian Advanced SystemCare 5 adalah percuma dan senang digunakan. Hanya dengan beberapa klik komputer anda telah diselenggara dengan baik dalam masa yang singkat.


Penyelenggaraan komputer adalah perlu bagi mengekalkan prestasi komputer anda pada tahap yang optimum. Jika komputer sudah lama tidak diselenggara, maka prestasi komputer anda semakin perlahan dari semasa ke semasa.




Pada artikel kali ini, saya ingin menunjukkan cara mudah untuk lajukan komputer anda.  Kebanyakan pengguna akan menggunakan perisian seperti TuneUp Utilities dan sebagainya untuk melajukan komputer.
Akan tetapi, perisian seperti TuneUp Utilities adalah perisian berbayar dan bukan semua orang sanggup membelinya secara sah.
Oleh itu, pada artikel kali ini, saya ingin menunjukkan cara mudah untuk lajukan komputer anda secara percuma sahaja. Ikuti langkah-langkah di bawah:-
  1. Pertama sekali, sila muat turun perisian CCleaner.
  2. Selepas selesai muat turun, sila install di komputer anda.
  3. Selepas selesai install, sila configure setting startup menggunakan perisian CCleaner.
  4. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah:-

  5. Dengan merujuk gambar di atas ini, saya hanya enable program yang penting sahaja seperti perisian anti-virus, driver graphic card, utilities dan sebagainya.
  6. Dengan ini, masa untuk memulakan sesi windows anda menjadi singkat dan pantas kerana hanya perisian yang penting sahaja yang akan diaktifkan.
  7. Tetapi jangan disable semua sekali. Hanya disable perisian yang tidak perlu diaktifkan ketika sesi windows bermula.
  8. Perbuatan disablekan semua perisian di startup berkemungkinan komputer anda tidak berfungsi dengan sempurna dan virus boleh menyerang komputer anda kerana perisian anti-virus dimatikan ketika sesi windows bermula.
  9. Selepas itu, setelah selesai bermain komputer atau melakukan tugasan berjam-jam lamanya, anda perlu ikuti langkah seperti di bawah:-

  10. Dengan ini, segala fail yang tidak diperlukan seperti cookies, history, temporary file dan sebagainya akan dibersihkan sebelum anda shut down komputer anda.
  11. Secara tidak langsung, prestasi komputer anda akan kekal optimum dan stabil.
  12. Selain itu, anda perlu defrag komputer anda itu sekurang-kurangnya sebulan sekali.
  13. Dengan ini, prestasi komputer anda akan kekal optimum dan stabil.
 Processor komputer saya hanya AMD Sempron single core, akan tetapi dengan mengamalkan tips seperti di atas prestasi komputer saya kekal optimum dan stabil. Anda cubalah. :D



Tiada ulasan:

Catat Ulasan