1. Produk terbaru Microsoft,
Windows 8 dan
Microsoft Office 2010 tersebar di internet memperlihatkan beberapa ciri-ciri terbaru padanya.
2.Pelayar web versi baru
Internet Explorer 9,
Mozilla Firefox 4,
Google Chrome 10,
dan Opera 11 Beta mula dilepaskan oleh pembangun masing-masing membawa
fungsi dan rekabentuk terbaru. Mozilla Firefox 4 telah dimuat turun
sebanyak 7.1 juta dalam tempoh 24jam selepas ianya dilepaskan manakala
Internet Explorer 9 pula sebanyak 2.3 juta.
3. Twitter membawakan penggunaan https bagi meningkatkan lagi kawalan privasi pengguna mereka. Ikuti cara untuk aktifkannya
disini.
4. Kemaskini terbaru daripada Google :
+
Butang +1 pada carian Google
+ Logo baru
Chrome dan Chromium.
+ Antaramuka terbaru pada profil Google dan laman Picasa.
+ Google bakal memperkenalkan rekabentuk terbaru Blogger
+ Penggunaan https pada laman YouTube
+ Sokongan input suara dibawakan pada Google Chrome 11 Beta
5. Microsoft melancarkan laman
ie6Countdown.com dan melancarkan antaramuka muka terbaru pada laman
Microsoft. Peranti kawalan pemainan Microsoft Kinect pula telah dijual sebanyak 10 juta dalam tempoh 60 hari.
6. Engin carian Yahoo kini lebih mudah digunakan apabila mereka
memperkenalkan direct search yang mana fungsinya seakan-akan Google
Instants.
7. Apple melancarkan iPad generasi kedua iaitu
iPad 2.
8. Kemaskini terbaru laman facebook :
+ Facebook memperkenalkan ruanggan komen tanpa butang enter.
+ Facebook mengemaskini semula fungsi Question
+ Facebook kini mengambil alih Snaptu
9. Bing memperlihatkan penggunaan HTML5 dan membawakan update terkini twitter dan pada carian mereka.
10. Les Copaque memperkenalkan siri animasi bertajuk
Pada Zaman Dahulu. Selain itu mereka juga memperkenalkan pemainan Upin & Ipin.
Terdapat pelbagai cara untuk menyelenggara komputer anda. Cara yang
paling mudah dan percuma ialah menggunakan perisian tertentu. Perisian
yang dimaksudkan ialah Advanced SystemCare 5.
Perisian Advanced SystemCare 5 adalah percuma dan senang digunakan.
Hanya dengan beberapa klik komputer anda telah diselenggara dengan baik
dalam masa yang singkat.
Penyelenggaraan komputer adalah perlu bagi mengekalkan prestasi
komputer anda pada tahap yang optimum. Jika komputer sudah lama tidak
diselenggara, maka prestasi komputer anda semakin perlahan dari semasa
ke semasa.
Pada artikel kali ini, saya ingin menunjukkan cara mudah untuk
lajukan komputer anda. Kebanyakan pengguna akan menggunakan perisian
seperti
TuneUp Utilities dan sebagainya untuk melajukan komputer.
Akan tetapi, perisian seperti TuneUp Utilities adalah perisian berbayar dan bukan semua orang sanggup membelinya secara sah.
Oleh itu, pada artikel kali ini, saya ingin menunjukkan cara mudah
untuk lajukan komputer anda secara percuma sahaja. Ikuti langkah-langkah
di bawah:-
- Pertama sekali, sila muat turun perisian CCleaner.
- Selepas selesai muat turun, sila install di komputer anda.
- Selepas selesai install, sila configure setting startup menggunakan perisian CCleaner.
- Sebagai contoh, lihat gambar di bawah:-
- Dengan merujuk gambar di atas ini, saya hanya enable program yang
penting sahaja seperti perisian anti-virus, driver graphic card,
utilities dan sebagainya.
- Dengan ini, masa untuk memulakan sesi windows anda menjadi singkat
dan pantas kerana hanya perisian yang penting sahaja yang akan
diaktifkan.
- Tetapi jangan disable semua sekali. Hanya disable perisian yang tidak perlu diaktifkan ketika sesi windows bermula.
- Perbuatan disablekan semua perisian di startup berkemungkinan
komputer anda tidak berfungsi dengan sempurna dan virus boleh menyerang
komputer anda kerana perisian anti-virus dimatikan ketika sesi windows
bermula.
- Selepas itu, setelah selesai bermain komputer atau melakukan tugasan
berjam-jam lamanya, anda perlu ikuti langkah seperti di bawah:-
- Dengan ini, segala fail yang tidak diperlukan seperti cookies,
history, temporary file dan sebagainya akan dibersihkan sebelum anda
shut down komputer anda.
- Secara tidak langsung, prestasi komputer anda akan kekal optimum dan stabil.
- Selain itu, anda perlu defrag komputer anda itu sekurang-kurangnya sebulan sekali.
- Dengan ini, prestasi komputer anda akan kekal optimum dan stabil.
Processor komputer saya hanya AMD Sempron single core,
akan tetapi dengan mengamalkan tips seperti di atas prestasi komputer
saya kekal optimum dan stabil. Anda cubalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan